Sunday, 7 December 2014

Banyak cerita

29 Nov 2014
Aku balik kg dgn kak tini dan zahirah, anak kepada abg aku no 2. Pengalaman yang mendebarkan. Risaukan zahirah nangis kang cemana. Fuh nasib baik, Allah permudahkan. Zahirah tidur dari kl-kg. Alhamdulillah! hee

2 Dis 2014
Balik dr kg ke ampang, macam biasa bila kak tini x bawa kete kami naik bas. Kali ni pengalaman lain macam sikit. Naik2 jek bas, pergi dekat seat kami dah bau semerbak busuk. Korang tau ape? bau ketiak pakcik ni. Dia duduk betul depan seat kami. Dahlah berbau, pakai singlet pulak tu. Ya rabbi. Aku ni tahan jek la. Lepastu siap angkat tangan dua2 pulak tu sambil tido. Kesian org sebelah dia. Kami yang dekat belakang ni pun terseksa. Aku rasa pakcik tu mcm sengal2 orangnya. Pengalaman ngeri.

6 Dis 2014
Kak tini pergi kenduri kawen dan aku sensorang. Jadinya ptg tu mcm teringin mee goreng pelita. Call dad ajak melepak. Nasib baik dia free sebelum cover story aim so kami melepak la situ. Pung pang bercerita lepas maghrib balik. Dia le kwn aku nak melepak. Hehehe

7 Dis 2014
Hari ni besday adik aku si kema. xdapat kek katanya. kakaka, xpe le ma, janji mak ayah ada dgn kita. tu hadiah paling bermakna. wuhuu. Ha lagi satu Malaysia kalah dgn Vietnam separuh akhir pertama AFF suzuki. Kita tunggu separuh akhir kedua! cayok malaysia!



Wednesday, 3 December 2014

Rangup diluar, lembut didalam


Salam,

Aku skang tgh cuba2 buat donat. Hahaha..donat rangup. Bentat sebenarnya donat aku. Sabo jela. Lepas menguli sampai naik lenguh tangan aritu elok je doh ni naik gebu, tapi bila simpan sampai esok pagi turun terus kegebuannya. Mungkin aku xtutup dengan towel basah. Hmm xpe, sabtu ni aku ingat nak g beli bahan lain. Kasi improve skill hehe. Usaha bagi berjaya! Insyaallah

Monday, 1 December 2014

Disember 2014!

Assalamualaikum
Pergh baru perasan ada blog. Kah kah kah
Komen dari puan isma baru tadi ni approvedkan. Setahun beb komen ko aku peram! hahaha
Dah nak abis tahun 2014 baru sedar!

Jom kita imbas balik azam-azam yang kita janjikan 11 bulan yang lalu.
Ada yang tercapai? tergapai-gapai? hahaha.. tu aku la tu

Alhamdulilah, 12/11/14 yang lalu genap aku 30tahun :)
Masih ada keluarga dan bahagia. Masih ada kawan-kawan yang aku sayang!

Aku menantikan 2015 yang mendatang. Insyaallah jika dipanjangkan umur!

:)

-sg. siput-

Tuesday, 10 January 2012

Pagi

Kejap lagi insyaAllah isma, kawan sekolah/kolej/kampung/sahabat baik akan melahirkan anak pertamanya!
I Wish u Luck macik!

daaa
:))

Thursday, 8 December 2011

tolongla ingatkan

Fungsi utama henfon aku apa? bukan nak buat call sangat, selalu org yg call aku..sms? jarang sgt la guna..kebanyakkannya sms bos..kalau lambat masuk opis or sms opismate..hehe.Yea fungsi utamanya ialah "to do note" ataupun "reminder". Memang dah lama rasanya henfon jadi otak kedua aku kot.. Masalah jugak kalau terbiasa diingatkan melalui teknologi kan? sekecil-kecil benda aku mmg kena set dekat "to do note". Gila ah. Kadang-kadang teringat something yg dh beli 2-3 hari simpan dalam ice box..2-3 hari lepas tu baru teringat sebabnya tak set dekat phone. Haih.. memang xbole off henfon macamni. Nak bayar bil setiap bulan kena set reminder jugak. Nak bank in duit pun sama,tapi nak keluarkan duit tayah set reminder..wakakaka..rosak2.. So, kepentingan utama henfon aku mmg "to do" and "not to do"
:))

Wednesday, 7 December 2011

random

Aku rasa nak ambil cuti nak melayan apa yg ada di internet sampai lebam. Best gila. xperlu keluar jumpa orang yg tak semuanya baik. terpaksa hipokrit dengan tekanan hidup yang memaksa. masing-masing nak melepaskan diri. walaupun aku tau masih ada yang baik dan ikhlas.just enjoy ur life. cuma perlukan masa untuk berehat. letih. mungkin kena lebih rapat lagi dgn tuhan.insyaAllah.


bertahanlah wahai hati.

;)

Monday, 5 December 2011

Realistik

Kalau dulu org kabo duit bukan segala-galanya.. sekarang memang duit segala-galanya! Kasih sayang macam nak mati pun kalau takda duit singgit cemana nak hidup. Itu Realiti kan? Xpayah nak nafikan. Huaa...

Orang selalu cakap kalau demam/sakit, kita kena buat2 tak tau.. buat2 lupa kita sakit. Amboi.. kalau dah sejuk kejung nak buat-buat lupa la..hehehe..kerja gilak.

So.. Good Luck!

;)